Berubah-Ubah Niat
Seorang pemanjat kelapa berada dalam bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda berseta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang terjuntai..
Keadaan seperti telur di hujung tanduk. Dalam keadaan genting itu di berseru, "Ya ALLAH, selamatkanlah aku daripada jatuh.jika selamat, aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin."
Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok.
Namun ribut masih bertiup kencang, Keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya, tetapi dia masih lagi belum selamat. Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, " Ya ALLAH, sekiranya engkau selamatkan aku daipada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin."
S etelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok. Harapanya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih bertiup kencang. kali ini dia berseru, " Ya ALLAH, kalau kau selamatkan aku, aku sedekahkan 3 ekor ayam."
Akhirnya dia sampai pada kedudukan paling rendah, dan doanya berubah lagi, " Ya ALLAH, sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan seekor ayam ."
Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. dia pun melepaskan tanganya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh."Ya ALLAH, rupa-rupanya aku jatuh juga. Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun."
so..pengajaranya berbunyi seperti ini:
Dalam keadaan susah manusia sering ingatkan ALLAH tetapi apabila senang manusia mudah melupakan NYA..Ironinya. apakah kita tidak malu mengharapkan bantuan ALLAH ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakanNYA?
*RENUNG-RENUNGKANLAH pengajaran dia atas....
0 comments